Akuarium ikan air laut terbahagi kepada 2 iaitu:
1. FOWLR(Fish
Only With Live Rock)
-
Akuarium
hanya mempunyai batu karang dan ikan sahaja.
-
Setup
yang murah dan mudah untuk penyelenggaraan.
Akuarium jenis FOWLR |
2. Reef
1. Akuarium
2. Sump tank
3. Lampu
4. Protein Skimmer
5. Live Rock
6. Pasir
7. Pam
8. Garam
9. Dechlorinator / Anti Klorin
10. Hydrometer
11. Penapis Kapas
-
Akuarium
mempunyai hiasan terumbu karang(coral), batu karang dan ikan.
-
Lebih
menarik dan unik.
-
Kos
sedikit tinggi dari FOWLR dan penyelenggaraan perlu berkala.
Akuarium jenis Reef |
Barang dan
kelengkapan asas untuk menyediakan akuarium air laut:
2. Sump tank
3. Lampu
4. Protein Skimmer
5. Live Rock
6. Pasir
7. Pam
8. Garam
9. Dechlorinator / Anti Klorin
10. Hydrometer
11. Penapis Kapas
Akuarium dan Sump
Tank
Akuarium air laut
perlulah mempunyai sistem sump tank supaya air dapat ditapis dan bergerak lebih
efisyen. Sump tank ialah akuarium yang diletakkan di bawah akuarium utama untuk
dijadikan sebagai penapis. Penapis kapas, protein skimmer dan media bakteria
akan diletakkan di dalam sump tank ini.
Contoh sump tank
Sistem Sump Tank
Lampu
Lampu yang
digunakan bergantung kepada saiz akuarium dan hidupan samada FOWLR atau pun
Reef. Jika anda hanya membela ikan tanpa coral lampu yang diperlukan tidaklah
mahal dan tidak tinggi wattnya. Manakala jika anda ingin memelihara ikan dan
coral anda memerlukan lampu yang berkuasa tinggi (Watt). Lampu ini penting
untuk pertumbuhan coral kerana cahaya matahari tidak dapat menembusi akuarium
tidak seperti di laut.
Protein Skimmer
Salah satu
perkara yang penting dalam akuarium marin. Tugas protein skimmer adalah unutk
membuang segala nutrien yang berlebihan di dalam air. Saiz skimmer bergantung
kepada saiz akuarium atau pun kuantiti air akuarium.
Protein Skimmer |
Buih(bahan buangan) yang dihasilkan oleh protein skimmer |
Live Rock
Live rock ialah
batu karang laut yang hidup. Apa yang dimaksudkan hidup ialah bakteria-bakteria
yang terdapat pada batu tersebut. Bakteria-bakteria ini merupakan biological
filter bagi akuarium anda. Ianya bertujuan untuk menukarkan segala
racun/ammonia menjadi nitrate. Ammonia merupakan benda yang sangat bahaya di
dalam akuarium walaupun sedikit. Ammonia terhasil daripada najis ikan dan lebih
banyak terhasil daripada ikan yang mati. Fungsi bakteria pada live rock akan
menukarkan ammonia-ammonia ini kepada nitrate di mana ianya tidaklah sebahaya
ammonia. Namun kandungan nitrate yang tinggi pula boleh memberikan kesan yang
tidak elok kepada ikan dan coral.
Live Rock |
Pasir
Pasir yang selalu digunakan ialah crushed coral/coral sand.
Coral sand mengikut saiz. Saiz yang selalu digunakan ialah #3 dan #5 |
Pam
Pam yang digunakan bergantung kepada saiz akuarium. Pam
adalah jenis submersible.
Pelbagai saiz/kapasiti pam mengikut saiz akuarium anda. |
Garam
Terdapat garam yang berharga dari RM5/kg – RM20/kg
bergantung kepada kualiti. Jika anda ingin memelihara ikan sahaja anda hanya
memerlukan garam yang biasa seperti Instant
Ocean atau Red
Sea . Jika anda ingin memelihara coral maka anda perlulah
menggunakan garam yang sedikit mahal seperti Red Sea Coral Pro. Garam yang agak
mahal ini mengandungi kandungan KH, kalsium dan magnesium yang tinggi dan amat
penting untuk pertumbuhan coral yang sihat.
Garam Red Sea Coral Pro |
Dechlorinator/Anti Klorin
Anti klorin yang biasa terdapat di mana-mana kedai akuarium
boleh digunakan.
Hydrometer
Berfungsi untuk
menyukat kandungan garam di dalam air. Garam yang dibancuh perlulah disukat
menggunakan hydrometer supaya salinity/kemasinan air berada di paras yang
betul.
Hydrometer |
Penapis Kapas
Penapis kapas
yang biasa terdapat di mana-mana kedai akuarium boleh digunakan. Ianya
berfungsi untuk menapis segala partikel/kotoran yang kasar di dalam akuarium.
Wool filter |
2 comments:
Kt mana boleh dpt semua brg2 dan ikan laut ni yer?
Mencari juga kedai ikan untuk hiasan laut
Post a Comment